Sunday, 30 November 2014

Painting Wall - Mengecat Rumah

Last Saturday aku decide nak cat rumah then early morning in Sunday tu ape lagi. Cat haunting la kan. So lepas breakfast ape semua terus g hardware cari kale ape yang nak. Mula2 laki aku tanya nak kale ape? Aku cakap nak grey which is sapa yang kerja dengan photographer and graphic designer ni memang kale ni menjadi pilihan. Hahahaha. Tapi laki aku cakap tak cantik lah. Dia punya choice is Lily White. Dia kan kerja under ID so bab2 rumah ni dia lagi ok la dari aku. So aku ok je dengan Lily White. Cari kat hardware tu tak ade. Then seakan-akan Lily White ada. Aku amik la Merry White. Cantik jugak! So beli kale white 5 liter and Merry White 5 liter. Barang-barang nak cat aku beli kat k4. Murah je. So total cost for painting tak sampai pun RM100.00 termasuk barang-barang nak cat. 

Sampai je rumah terus punggah barang dalam bilik pergi kat Hall. Settle punggah laki aku skim dinding mana yang tak sekata. Sementara tunggu dia skim tu aku pun g la cat grill tingkap and pagar. Ingatkan sekejap je. Tapi amik kau aku mengecat grill je makan masa from 2pm-7pm! What the hek la. I is menyesal. hahahaha. Tapi bila tengok lama-lama aku macam bangga lak. Tak sangka aku boleh mengecat. So lepas ni laki aku boleh upah aku je cat rumah kalau dia dapat project. Tak payah upah indon. Sakit hati nanti kang lagi ada. Laki aku settle bab dalam bilik. Settle je cat grill aku ingat nak rehat jap. Tapi tengok laki aku kesian pulak bertukus-lumus sorang-sorang. Ahhhh tolong la dia. Sekali bila cat Merry White tu aku terus teruja. B cantiknyaaaaaaaa~ . Laki aku bukan kemain lagi cakap cantik sayang cat. Pandai sayang cat, berseni tangan sayang. Dah nama pun aku minat benda2 macam ni so harus lah kan. Hahahahaha. Lagi 1, anak aku bukan kemain nak menolongnya. Aku mula2 tak kasi lah sebab dia kecik lagi. 3 tahun kot. Dah melalak nak tolong sampai bukak baju and jeans dia sampai tinggal spender je. Ko bukan main lagi kan anak drama ko. Yang laki aku kata tak pelah kasi dia explore and enjoy zaman dia. Aku bukan tak kasi tapi cat tu kan nanti melekat-lekat kat badan and bau cat lagi. Laki aku cakap tak pe bia dia handle. Anak beranak berpakat. Patutlah bersungguh beli roller yang kecik tu banyak. Rupanya untuk anak dia! Cis tertipu aku. Anak aku ni pemikiran dia mcm orang besar sebab kita orang yak treat dia mcm budak kecik, yela sebab dia sorang je kot anak. Kawan dia mak bapak dia jela. So pemikiran dia tu base on apa yang dia nampak. So percakapan and pemikiran dia tu tak sama dengan budak yang ada adik beradik. Laki aku pun sayang sangat dengan anak aku. Sanggup berhabis apa jelah semata-mata untuk anak. Thank you Allah for sending this 2 boy into my life.


Aku tengok jam dah pukul 8 malam. Ni tak boleh jadi ni. Aku tengok anak aku dah letih tapi still usaha dia nak tolong tu ada lagi. Aku tanya la dia lapar tak. Dia cakap lapar. Ok aku suruh Faiq belikan Rafael ayam goreng kat kedai. So sementara nak tunggu ayam tu aku kasi Rafael makan M&M dulu. Dia boleh cakap ni kan papa punya, dia punya dah habis. Ko tengok sampai kesitu dia pikir. Aku ckp la tak apa nanti mama beli baru. Anak aku ni sangat menjaga barang-barang dia and dia tau kalau barang tu bukan hak dia, dia tak akan usik. Alhamdulillah mama so proud with u my dear son. Settle kasi dia makan aku tolong laki aku buat electric sikit. Tuka housing suis. Ahhhh cantiknya bila tukar baru. Nampak rumah baru. Ya Allah kurniakanlah kami rezeki untuk memiliki rumah. Sekarang ni aku tengah usha2 gak rumah nak beli. Tapi tau la harga melampau nau sekarang ni. Tak masuk akal betul. Tapi kena gak ada sebuah. InsyaAllah and harap dipermudahkan. Aminnnnn. Settle semua aku mandikan Rafael. Kasi dia tido dulu apa semua. Pandang muka dia sejuk je aku tengok. Sanggup tolong mak bapak buat kerja rumah. Bukan nak puji, anak aku memang ringan tulang since dulu lagi. 


Settle semua and dah pun mandi aku tengok baju berbakul tak settle pulak. Laki aku ajak g cuci kat dobi yang self service tu. Haaa ok gak basuh-basuh terus lipat. Hihihihi. Senang kerja aku tak payah nak jemur kain lagi. Rafael aku tinggal rumah sebab kesian dia penat. Cost me RM8 je. RM4 for washer and RM4 for dryer. Masing2 30 minit. So total 1 hour. Sementara nak tunggu settle kain aku g makan dulu. Penat yaaaa Ampun tak payah cakap la. 
By 1.30am aku sampai rumah. Ahhhh penatnya. Esok nak kerja. 

Tapi bila tengok rumah cantik. Ahhhh happynya~. 
Alhamdulillah.











 

3 comments:

  1. assalamualaikum..tuan firdaus..saya nk contack tuan..nk tnya sal fosil nibong...email saya matyus89@gmail.com...yusoff dri subang jaya.

    ReplyDelete
  2. Maaf yusoff tu bukan fosil tapi kene panah petir jadi batu dan semasa saya memcanai buat cincin tukang canai terkejut dia cakap keras and sangat berbisa .bila di canai keluar ape haha dia tanya dia tak pernah tgk fosil keras cam ni.

    ReplyDelete
  3. Maaf yusoff tu bukan fosil tapi kene panah petir jadi batu dan semasa saya memcanai buat cincin tukang canai terkejut dia cakap keras and sangat berbisa .bila di canai keluar ape haha dia tanya dia tak pernah tgk fosil keras cam ni.

    ReplyDelete