Sunday, 30 November 2014

Painting Wall - Mengecat Rumah

Last Saturday aku decide nak cat rumah then early morning in Sunday tu ape lagi. Cat haunting la kan. So lepas breakfast ape semua terus g hardware cari kale ape yang nak. Mula2 laki aku tanya nak kale ape? Aku cakap nak grey which is sapa yang kerja dengan photographer and graphic designer ni memang kale ni menjadi pilihan. Hahahaha. Tapi laki aku cakap tak cantik lah. Dia punya choice is Lily White. Dia kan kerja under ID so bab2 rumah ni dia lagi ok la dari aku. So aku ok je dengan Lily White. Cari kat hardware tu tak ade. Then seakan-akan Lily White ada. Aku amik la Merry White. Cantik jugak! So beli kale white 5 liter and Merry White 5 liter. Barang-barang nak cat aku beli kat k4. Murah je. So total cost for painting tak sampai pun RM100.00 termasuk barang-barang nak cat. 

Sampai je rumah terus punggah barang dalam bilik pergi kat Hall. Settle punggah laki aku skim dinding mana yang tak sekata. Sementara tunggu dia skim tu aku pun g la cat grill tingkap and pagar. Ingatkan sekejap je. Tapi amik kau aku mengecat grill je makan masa from 2pm-7pm! What the hek la. I is menyesal. hahahaha. Tapi bila tengok lama-lama aku macam bangga lak. Tak sangka aku boleh mengecat. So lepas ni laki aku boleh upah aku je cat rumah kalau dia dapat project. Tak payah upah indon. Sakit hati nanti kang lagi ada. Laki aku settle bab dalam bilik. Settle je cat grill aku ingat nak rehat jap. Tapi tengok laki aku kesian pulak bertukus-lumus sorang-sorang. Ahhhh tolong la dia. Sekali bila cat Merry White tu aku terus teruja. B cantiknyaaaaaaaa~ . Laki aku bukan kemain lagi cakap cantik sayang cat. Pandai sayang cat, berseni tangan sayang. Dah nama pun aku minat benda2 macam ni so harus lah kan. Hahahahaha. Lagi 1, anak aku bukan kemain nak menolongnya. Aku mula2 tak kasi lah sebab dia kecik lagi. 3 tahun kot. Dah melalak nak tolong sampai bukak baju and jeans dia sampai tinggal spender je. Ko bukan main lagi kan anak drama ko. Yang laki aku kata tak pelah kasi dia explore and enjoy zaman dia. Aku bukan tak kasi tapi cat tu kan nanti melekat-lekat kat badan and bau cat lagi. Laki aku cakap tak pe bia dia handle. Anak beranak berpakat. Patutlah bersungguh beli roller yang kecik tu banyak. Rupanya untuk anak dia! Cis tertipu aku. Anak aku ni pemikiran dia mcm orang besar sebab kita orang yak treat dia mcm budak kecik, yela sebab dia sorang je kot anak. Kawan dia mak bapak dia jela. So pemikiran dia tu base on apa yang dia nampak. So percakapan and pemikiran dia tu tak sama dengan budak yang ada adik beradik. Laki aku pun sayang sangat dengan anak aku. Sanggup berhabis apa jelah semata-mata untuk anak. Thank you Allah for sending this 2 boy into my life.


Aku tengok jam dah pukul 8 malam. Ni tak boleh jadi ni. Aku tengok anak aku dah letih tapi still usaha dia nak tolong tu ada lagi. Aku tanya la dia lapar tak. Dia cakap lapar. Ok aku suruh Faiq belikan Rafael ayam goreng kat kedai. So sementara nak tunggu ayam tu aku kasi Rafael makan M&M dulu. Dia boleh cakap ni kan papa punya, dia punya dah habis. Ko tengok sampai kesitu dia pikir. Aku ckp la tak apa nanti mama beli baru. Anak aku ni sangat menjaga barang-barang dia and dia tau kalau barang tu bukan hak dia, dia tak akan usik. Alhamdulillah mama so proud with u my dear son. Settle kasi dia makan aku tolong laki aku buat electric sikit. Tuka housing suis. Ahhhh cantiknya bila tukar baru. Nampak rumah baru. Ya Allah kurniakanlah kami rezeki untuk memiliki rumah. Sekarang ni aku tengah usha2 gak rumah nak beli. Tapi tau la harga melampau nau sekarang ni. Tak masuk akal betul. Tapi kena gak ada sebuah. InsyaAllah and harap dipermudahkan. Aminnnnn. Settle semua aku mandikan Rafael. Kasi dia tido dulu apa semua. Pandang muka dia sejuk je aku tengok. Sanggup tolong mak bapak buat kerja rumah. Bukan nak puji, anak aku memang ringan tulang since dulu lagi. 


Settle semua and dah pun mandi aku tengok baju berbakul tak settle pulak. Laki aku ajak g cuci kat dobi yang self service tu. Haaa ok gak basuh-basuh terus lipat. Hihihihi. Senang kerja aku tak payah nak jemur kain lagi. Rafael aku tinggal rumah sebab kesian dia penat. Cost me RM8 je. RM4 for washer and RM4 for dryer. Masing2 30 minit. So total 1 hour. Sementara nak tunggu settle kain aku g makan dulu. Penat yaaaa Ampun tak payah cakap la. 
By 1.30am aku sampai rumah. Ahhhh penatnya. Esok nak kerja. 

Tapi bila tengok rumah cantik. Ahhhh happynya~. 
Alhamdulillah.











 

Thursday, 13 November 2014

Perpaduan Kaum

Entry kali ni aku nak menyentuh bab perkauman. Sedia maklum kalau sebut je pasal kaum dah tentu2 and sahlah benda ni agak sensitif sikit. Some people is too racist to other races. Aku pun pelik and rata-rata kalau kita buat kajian mereka-mereka yang Racist ni tergolongon dalam golongan mak-mak kita. Means 30-60 year's. Golongan ni tak dinafikan memang teramat racist. Jangan kawan dengan Jiran kita sebelah tu dah lah Keling. Jangan kawan dengan Mei Ying sebab dia cina makan babi. Pernah dengar kan?
Yang Cina and India pun sama jugak. Entah aku tak paham. Tak boleh ke kita ni hidup aman damai?
Begitu gak dengan bos aku, teramat Racist sangat dengan MALAY! Selalu cakap Malay malas. Habis yang dia amik aku kerja ni apa? Vongok tak bertempat. Kadang menyentuh bab agama. Tu aku paling tak tahan. Aku tak kirala dia bos ke tak, ko dah main bab agama aku sedas la kena dengan aku. Selalu complain Goverment teruk, goverment makan duit, goverment malay banyak. Ciss~ ko tak sedar ke bukan setakat malay je yg ada dalam goverment tu. India Cina pun ada gak ape. Anak dia dapat tawaran belajar UMP, Perlis tak ada nak cakap apa pulak. Lepas tu tak malu cerita kat aku anak dia belajar sana tak pakai duit banyak pun nak bayar Fees berbanding kakak dia sambung belajar kat Segi College siap kata UMP kasi beli NoteBook price RM70. Aku bia je dulu dia memuji2 UMP. Dah habis aku ceramah dia balik. Aku ckp UMP under apa? Goverment kan? Best tak goverment? Goverment pilih kasih kan pilih malay je masuk universiti. Terus diam weh tak berkata. Padan muka. 

Lain pulak Orang yang berbangsa India ni. Mana yang educated sikit and jenis yang bertanggungjawab sikit memang baik sangat-sangat even dorang ni tak delah kaya sangat. Tapi dorang ni lagi berotak. Dalam hidup aku selama ni, Bangsa India lah yang paling dekat dengan hati aku. Aku pun tak tau kenapa aku boleh rapat dengan dorang ni and dah anggap pun macam Family sendiri. Pasal salah satunya dorang ni tak pernah complain pun aku berbangsa melayu. And tak pernah complain aku agama Islam. Sikit pun tak pernah menyentuh perasaan aku bab agama and bangsa ni. That's why aku amat senang dengan dorang. Aku pun tengok India ni dia boleh ngam dengan Melayu. Sebab tu terjadinya golongan mamak kot. Sorry kalau aku silap. So far dalam hidup aku ni aku terhutang budi dengan 3 family berketurunan India ni. 


1) First is Doctor Kavita and husband dia Doctor Kumar. Dulu masa pregnant Rafael aku kerja dengan Doctor Kavita as a Doctor Assistant. Tersangatlah baik Dr.Kavita ni. Sangat Caring. Sangat bertanggungjawab. Tak pernah abaikan staff dia. Tak pernah kira tittle dia as a Doctor which some Doctor is too Assy dengan pangkat Doctor! But not Doctor Kavita. Masa tu aku pregnant Rafael around 6 month mcm tu. Aku check up kat clinic dia free je. Kalau patient luar mau kena charge RM200.00. Clinic ni dia mcm Private pny clinic la. Mahal sikit and enviroment pun sangat2lah selesa. Masa aku kerja tu macam2 dia kasi kat aku. Baju pregnant yang mahal2. Bukan cikai punya baju tau. Dia kasi aku baju and seluar mengandung dia beli ada lah around RM1500 macam tu. Mana ko nak dapat bos yang baik macam tu. Baru keja tapi kasi ko macam2. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kasi. Siap masa aku nak beranak dia kasi aku bonus RM1000.00 lagi. Nak menangis aku rasa sebab dapat bos yang sebaik macam dia. Ko pernah dengar tak konsep, ko pergi klinic. Lepas tu ko check2 duit ko tak cukup nak bayar bill klinik tu lepas tu doctor kasi ko hutang? . Tak pernah kan? Tapi kat klinik dia boleh! Bukan sikit tau. Beratus harga. Macam dulu depan mata aku jadi. Cina ni kena allergy teruk akt kulit. Lepas tu amik darah plus Dr.kavita kasi cream untuk baikkan allergy tu and masa nak bayar tengok bill RM800++. Dia tak bawak cash money, and aku cakap tak pela you tanya doctor mcm mana. And doctor Kavita panggil aku kasi tau yang Patient pending dulu payment. So dia suruh aku record dlm system. Patient lain pulak sama macam tu. Injection vitamin c lepas tu bayar ansur-ansur without interest tau! Ko ada? hahahha. Lepas tu aku tanya la dia, Doctor tak takut ke if patient not return here to pay back and settle the payment? Dia boleh cakap kat aku, It's Karma Fatin. When i'm being nice with people, People will be nice also with me. Lepas tu dia cakap kalau patient tak nak return tak apa dia tak kesah. Whattttttttttt baiknyaaaa dia. And memang betul mana patient yang berhutang, tak pernah pun tak bayar. Mesti bayar. Yelah bak kata pepatah What goes around comes around.


2) Second is Aunty Rukhumani and her husband Uncle Siva. Umur range around 50-60 year's old. Dah anggap aku macam anak sendiri sangat. Kenal masa kerja dengan Doctor Kavita la. Aunty Rukhu kerja sekali. She is very good in English and educated people. Tak pernah persoalkan aku agama apa. Selalu tanya Hello Fatin. How are you? How's your baby? pastu sambil pegang perut aku sambil usap2 perut sambil cakap Hello baby. What are you doing now inside mummy? Yes nanny know you're very good boy and never make mummy trouble. Allah aku rindu Aunty Rukhu! Selalu masakkan aku makanan. Jaga kandungan aku melebihi mak sendiri jaga. Terlalu jaga aku sampaikan nak kasi aku pinjam kereta KIA dia dekat aku sebab masa tu aku and laki aku tak ada kereta. Kita orang naik motor je, masa tu dalam sri petaling aku and laki aku orang pertama kot pakai motor tu. Naza yang mcm motor robot tu. Haa so Aunty risau anything bad happen kat aku kan. So aku tolak lah mentah2. Aku cakap tak nak and tak nak menyusahkan dorang 1 family. Bayangkan erh kalau Aunty offday dia akan suruh anak dia Kumar tu hantarkan makanan and Uncle akan singgah klinik belikan aku juice lagi nak make sure aku makan and jaga kesihatan aku. Menangis aku weh sebab waktu aku kesimpitan Allah pinjamkan mereka2 ni yang baik2 dalam hidup aku. Siap nak jaga anak aku lagi kalau aku busy. And siap nak jaga aku dalam pantang. Allahuakbar walaupun dorang berlainan bangsa and agama aku harap satu hari nanti ada sinar untuk dorang memeluk agama islam. Aunty ada anak sorang OKU. Malar nama dia. Bila aku pergi rumah dia cepat2 dia peluk aku sambil cakap You are kak Fatin right? Yes sayang. I'm your kakak. Alhamdulillah sampai sekarang walaupun aku dah tak kerja kat klinik tu and Aunty pun tak kerja sana dah kami masih lagi berhubung antara satu sama lain. Nah aku kasi setepek gambar dorang.







3) Yang ketiga pulak is Aunty Nia and Uncle Sammy. Uncle Sammy ni kerja 1 tempat dengan aku. Tapi whole family dia sangatlah baik dengan aku laki bini sebab rumah kita orang pun dekat lah sangat. So selalu ajak aku datang makan masa deepavali. Hahahhaha siap mention aku lagi yang dorang tak makan babi. And beli ayam dekat melayu punya yang sembelih. Dorang ni kuat sembahyang so dorang memang macam melayu sikit pemakanan. Dah tak nak sembang banyak2 sebab aku banyak poster nak kena buat.


Terima Kasih Allah sebab pinjamkan aku manusia yang baik2 ni dalam hidup aku. 

Riding Horse

Wallawey boleh pulak apa yang aku taip tadi hilang macam tu je. Tak pasal2 aku kena typing balik. Cari nahas betullah. Dahlah nak balik keje dah ni. Keji sangat tau. Hukhukhuk~ 

Last saturday aku ada meeting kat Setapak. So suh laki aku hantar plus bawak Rafael sekali. Bolehlah lepas aku meeting tu g jalan2 kejap hilangkan bosan anak. Yela laki aku memanjang busy. So nak bawak dia keluar shopping or movie ke asik la tak ada masa. Kesian pulak. Yang aku ni pun kalau laki aku tak ada, aku tak suka keluar sorang-sorang bawak anak. Kang tak pasal2 orang cop Janda Vouge pulak! ahahahahha over ok. Tak la aku memang tak suka keluar kalau laki aku tak ada sebab aku agak manja bab2 macam ni kadang sampai laki aku dok complain ' alahai tak boleh ke pakai stokin sendiri kalau b tak pakaikan time nak tido. aku akan jawab ' tak boleh and apa guna i kawen ngn u kalau stokin pun tak reti nak pakaikan'. Mengada tak aku ni. Lain orang lain manjanya kan. Aku ni stock manja2 macam tu la. Tak ada lah manja depan public. I is malu ok. So kalau laki aku tak ada memanglah aku tak akan kemana-mana. Dulu masa bujang tak lah macam tu. Relax je keluar sorang2 balik malam2 buta and kadang tak balik berover night dengan kawan2. Hahahaha. Tak ape lepas kawen ni aku rasa aku bertanggungjawab sikit la kalau nak compare zaman remaja dulu. 


ok ni aku kasi details kalau sapa nak pergi Riding Horse dengan harga yang berpatutan :

Venue : Taman Melawati (Tempat orang jogging and berdating tu)
Time : 4pm to 6pm only (2 hours only)
Day Operations : Weekend only 
Ticket Price : Adult RM1.00
                    Children RM0.50


Punyalah banyak kali aku bawak Rafael datang sini, ni first time aku tau boleh naik kuda and kuda ni under DBKL! Ouh sorry sayang for my silly! 
Nah layang picture please..